HEP - Alumni


En Faez Bin Saharudin
(Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Antarabangsa Unifield Kampus Alor Gajah)

Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kepada Allah s.w.t atas kurnia-Nya, kami berjaya mewujudkan blog untuk Persatuan Alumni. Dengan adanya blog ini, bolehlah ahli-ahli Persatuan Alumni dan pihak Kolej Antarabangsa Unifield dapat bertukar-tukar pendapat untuk meningkatkan prestasi pengurusan kolej. Selain daripada itu, kegunaan blog ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli dan mengadakan aktiviti untuk menghargai sumbangan yang diberi ketika menuntut di kolej ini. 


PENGENALAN :

Definisi Alumni :

  • Merujuk kepada individu yang merupakan graduan,bekas pelajar atau pernah bel;ajar di mana-mana institusi



Penubuhan Alumni:

  • Bagi mengukuhkan dan memantapkan rangkaian silaturrahim antara alumni serta pengumpulan data pelajar .
  • Pengemaskinian data pelajar  maklumat setiap enam(6) bulan.
Tujuan 

  • Membantu merealisasikan hasrat kolej bagi menggalakkan pelajar menyumbang tenaga,idea, serta kewangan bagi menjadikan unifiled salah sebuah kolej terkemuka di  Malaysia.

Misi:

  • Menjadi Alumni dan Industri sebagai rakan pendokong aspirasi unifield.
Visi
  • Memperkasa Alumni agar dapat membantu menjayakan agenda unifield
Piagam pelanggan

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan semua tugas-tugas berkaitan dengan alumni.
  • Memastikan proses pendaftaran alumni berjalan dengan baik.
  • Menyelia dan menyelaras aktiviti alumni.